
Keropok Lekor Perantau
Sumber Resepi dari Puan Minami di Myresipi. Terima kasih ye kak Minami, dapat juga Ros merasa makan keropok lekor walaupun di Rantauan.
Bahan-bahanya.
2 ekor ikan kembung/selayamg.( ros guna ikan saba ( makarel)
100 gm tepung “warabi mochi ko” = tepung sagu
30 gm tepung “katakuri ko” = tepung kanji
1 1/2 sudu kecil garam
sedikit ajinomoto
***utk sos:*** ( ros tak buat, cicah ngan sos cili biasa je)
3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air
( ros tambah 1 sudu kecil baking powder) biar kembung sikit bila digoreng nanti.
Cara-cara
1.Bersihkan ikan.
2.Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
3.Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur.
4.Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit-sedikit ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis. Masa ni tambah 1 sudu kecil baking powder.
5.Masukkan garam dan ajinomoto.
6.Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung “katakuri ko” di atas papan supaya tidak melekat. Ulang sampai habis.
7.Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
8.Rebus, kemudian angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
9.Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka… akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.
Nota: Kalau nak tahan lama terus simpan kepok lekor yang telah direbus di dalam frezer ( sejukkan dululah) , bila nak goreng nanti, rebus balik sekejap. Seronok bila ade resepi ni, hilang teringin nak makan keropok lekor Terengganu, janji ade rupa ade rasa sikit, jadilah. : )
