Kek coklat yogurt mayonis
Kek coklat yogurt mayonis

Kek Coklat Yogurt Mayonis

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1\2 cawan serbuk koko
1 biji telur
3\4 cawan gula
1 penutup (2 sudu kecil) esen vanila
200ml susu segar@bancuhan susu tepung
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar plain@natural yogurt
3 sudu besar butter ( kemudian dicairkan)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda ( ni klu tak mau letak pun takpe)

( sedikit coklat cip atau coklat urai sebagi hiasan)

(untuk coklat ganache : 50gram coklat masakan dimasak bersama 100ml fresh cream dan cairkan menggunakan double boiler)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum, baking powder,baking soda dan serbuk koko ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).

2. masukkan gula dan susu segar dalam bekas adunan dan kacau sebati menggunakan hand whisker , kemudian masukkan sebiji telur dan kacau lagi.

3. Kemudian masukkan tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit, masukkan juga esen vanila, mayonis dan yogurt, kacau sebati.

4. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan tadi, pastikan semua bahan sebati, gliss acuan bulat ber ukuran 18cm dengan marjerin dan alaskan dasar acuan kek dengan baking sheets, tuang adunan di dalam acuan kek dan perap selama 15 minit baru dibakar.

5. Panaskan oven suhu 170 darjah, dan bakar selama 50 minit atau sehingga kek masak. ( Masa ni boleh buat coklat ganche)

6. Sejukkan atas redai besi, setelah agak sejuk, potong kek menjadi dua bahagian, sapukan kek dengan coklat ganache pada satu bahagian dan letakkan satu lagi bahagian kek di atasnya, curah baki coklat ganche di atas kek dan parutkan coklat diatasnye, simpan di dalam peti ais beberapa jam, baru dipotong, Selamat Mencuba.

Nota: Kek yang mudah di buat dan tidak mengguankan mixer, senang keje basuh membasuh alatan dan sesuai dihidangkan untuk anak-anak.

Kek coklat yogurt mayonis
Kek coklat yogurt mayonis
Kek coklat yogurt mayonis
Kek coklat yogurt mayonis
Kek coklat yogurt mayonis
Kek coklat yogurt mayonis
Kek coklat yogurt mayonis
Kek coklat yogurt mayonis