Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato
Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato

Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato

Sumber rujukan asal : rancangan masakan TV Jepun

Telah di olah cara dan bahanye mengikut kesesuaian: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya
1/4 biji bawang besar dicincang halus
1/2 biji telur ( dikocak sedikit menggunakan garpu)
sedikit lada sulah dan garam
1/2 cawan panko ( bread crumbs atau serbuk roti)
150 gram daging lembu cincang+150gram daging ayam cincang ( tak mahu campur dua jenis daging pun takpe, guna danging lembu sahaja atau daging ayam sahaja)
50ml susu segar

( daging mince tu ros guna daging mince dari MyHalal Corp, daging mince nye senang nak sebati dengan bahan yang lain dan menghasilkan meatballs yang sedap)
Untuk Sos Tomato
2 sudu kecil kicap cair jepun ( ros guna jenama kikoman)
2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil gula
4 sudu besar tomato ketchup
2 sudu kecil madu
sedikit lada sulah

( kalau nak pedas boleh tukar tomato ketchup dengan sos cili )

Cara-caranya

1.Di dalam bekas kecil campurkan serbuk roti @ breadcrumbs @ panko dengan susu segar, gaul rata, ketepikan.

2. masukkan 2 sudu besar minyak masak, dan saute bawang besar yang telah dicincang halus sehingga wananya agak perang, jangan hangus pula ya, perang je sikit boleh terus angkat.

3. Di dalam mangkuk adunan, satukan daging cincang, telur, breacrumbs yang telah dicampur susu tadi, bawang yang telah di saute perang, sedikit garam, lada sulah, gaul semua bahan supaya mesra dan sebati.

4. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, di dalam fry pan, masukkan sedikit minyak dan panaskan, kemudian susun meatball di dalam fry pan, biarkan permukaan bawah meatball perang sedikit baru diterbalikkan bahagian atasnya pula, tutup fry pan dan biarkan meatball masak, setelah warna sekata, angkat meatball di dalam piring.

5. Di dalam bekas kecil, satuka bahan sos supaya sebati, di dalam fry pan yang same curah bahan sos tadi bersama 1/2 cawan air dan masak hingga agak pekat, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, akhir sekali boleh toppingkan terus atas meatballs yang siap dmasak tadi, ataupun meatball dimasukkan terus di dalam fry pan dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas ataupun dimakan begitu sahaja. Selamat Mencuba.

– Jika nak tambah sedikit herba english pun boleh, contohnya sedikit daun pasley yang dicincang ataupun oregano.

Tips: Campuran serbuk roti dan susu itu membuatkan meatballs tidak kering dan tekstur dalam meatballs akan lembab dan juicy bila dikunyah dan kaedah tutup fry pan sebentar membuatkan meatball masak sekata.

Nota: Meatballs ini sesuai juga di makan bersama spaghetti ataupun di tambah dalam menu sup makaroni.

Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato
Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato
Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato
Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato
Advertisement