Ikan Wadi ( Pekasam) dan Pulut Tanak
Ikan Wadi ( Pekasam) dan Pulut Tanak

Ikan Wadi ( Pekasam) dan Pulut Tanak

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni ros nak berkongsi cara masak ikan wadi yang juga dikenali juga sebagai ikan pekasam, ikan pekasam ni kami buat sendiri, mak abah ros yang buat, ni resepi turun temurun nenek ros, nenek ros ni orang banjar, jadinya dia yang panggil ikan wadi, ikan yang selalu kami gunakan ialah ikan sepat, talapia hitam atau ikan sungai yang lain, nak buat agak leceh, tapi rasanya cukup sedap, makan pula dengan pulut yang baru ditanak….memang maveles lah, di bawah ini ade resepi dan cara-cara memasak ikan pekasam : )

Ikan Pekasam (wadi) dan Pulut Tanak
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

2 ekor ikan pekasam
5 biji bawang kecil ( lagi banyak lagi sedap)
3 biji cilipadi

Untuk memasak pulut
2 cawan beras pulut
2 cawan air dan sedikit garam

cara-caranya

1. Masak pulut dahulu, basuh pulut seperti biasa, tak perlu di rendam, kemudian masukkan air dan sedikit garam, masak pulut sama seperti masak nasi.

2. Ikan pekasam di bersihkan, kemudian direndam seketika, selama 1/2 jam, selepas itu toskan, hiris halus bawang kecil dan cili padi, gorengkan dahulu ikan pekasam, apabila mahu diterbalikkan ikan baru masukkkan bawang kecil dan cilipadi, goreng hingga kedua-dua bahagian ikan dan bahan lain garing.

3. Cara penyediaanye, sendukkan pulut yang siap di masak tadi di dalam piring, dan letakkan ikan pekasam, ambil sedikit pulut dan makan bersama ikan pekasam, sedap dan pasti menyelerakan, amat sesuai dijadikan menu sarapan pagi. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau taknak pedas, tak perlu masukkan hirisan cili padi, cukup hanya dengan bawang kecil, ikan pekasam ini juga sesuai dijadikan menu makan tengahari dan makan malam. Kalau goreng ikan ni, dari jauh dan berbau aromanya.

Ikan Wadi ( Pekasam) dan Pulut Tanak
Ikan Wadi ( Pekasam) dan Pulut Tanak
Ikan Wadi ( Pekasam) dan Pulut Tanak
Ikan Wadi ( Pekasam) dan Pulut Tanak
Advertisement