
Cara Mengayam Roti Jala Tikar Alakazam
Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari buat semua fungsi sebenar botol ini adalah untuk membuat jaluran di atas okonomiyaki (pizza jepun) tapi ros telah salahgunakan dan ros buat roti jala, lagi senang dan mudah untuk dijalurkan di atas fry pan. Ros beli acuan ni dekat jepun dulu, dan kalau kawan-kawan nak dapatkan botol muncung tiga ini, boleh juga di dapati di kedai barangan DAISO berdekatan anda. harganya hanya RM5. Cepat dapatkannya sebelum kehabisan.
Nak tengok Okonomiyaki (Pizza Jepun) boleh Klik SINI ya..
Roti Jala Tikar Alakazam
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
bahan-bahannya
800 gram tepung gandum
2 biji telur
2 cawan santan
sedikit garam
pewarna kuning@ serbuk kunyit
air secukupnye
Cara-caranya
1. Di dalam bekas masukkan tepung gandum, telur , garam dan 2 cawan santan, gaul sebati, kemudian masukkan air dan kacau lagi, selepas itu masukkan pewarna kuning. pastikan adunan tidak telalu cair atau terlalu pekat.
2. Tapis adunan dengan penapis dan perap selama 30 minit hingga satu jam supaya adunan lebih mesra.
3. Masukkan ke dalam botol muncung tiga dan jalurkan di atas fry pan atau kuali leper, boleh rujuk rajah di bawah, angkat dan gulung roti jala seperti biasa dan sedap dimakan bersama kari ayam. selamat mencuba.
Nota: Kalau nak kelainan boleh mencuba buat roti jala macam ni, dan boleh juga diwarnakan dengan warna hijau dan dimakan bersama kuah durian, pasti ramai akan bertanya akan resepi dan bagaimana menghasilkan roti jala ini. : )


