Bun Coklat Chip Kismis Hitam
Bun Coklat Chip Kismis Hitam

Bun Coklat Chip Kismis Hitam

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
420gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
30gram serbuk koko
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
190ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula ( kalau nak manis boleh tambahkan satu sudu besar lagi)

(bahan tambahan, sedikit kismis hitam dan coklat chip)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali coklat chip dan kismis hitam dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan coklat chip dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, masukkan pula coklat chip dan kismis hitam, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: Nak toppingkan bun ni dengan coklat rice pun boleh, satu adunan ni dapat banyak juga, ros letakkan dalam acuan petak, acuan sandwish dan acuan muffin, semua dapat makan, buat menu minum petang sampailah ke sarapan ke-esokkannya.

Bun Coklat Chip Kismis Hitam
Bun Coklat Chip Kismis Hitam
Bun Coklat Chip Kismis Hitam
Bun Coklat Chip Kismis Hitam
Bun Coklat Chip Kismis Hitam
Bun Coklat Chip Kismis Hitam
Advertisement