Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras

Apam Mekar Tepung Beras Kak Fida

Sumber resepi: Kak Fida Myresipi.com

Telah dicuba oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji )

200 g tepung beras (2 cwn)
2 sk baking powder diayak bersama
180 g gula halus (2/3 cwn+1/8cwn)
1 cawan susu segar/cair/santan cair ( ros guna susu segar)
1 sk esen vanilla
pewarna pilihan ikut selera

Cara-cara

1.Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.

2.Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil dikacau hingga gula larut dan sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.

3.Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 min. atau hingga masak. ( kalau guna acuan kecil-kecil tu ros cuma kukus selama 6 minit)

4.Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom.

Nota: Kalau nak buat satu adunan rasanya banyak sangat, dan disebabkan ros nak jimat tepung beras tu, ros buat sikit je, dapat banyak jugak tau, dan ros kukus dalam acuan lompang yang kecil-kecil tu.

Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras
Apam Mekar Tepung Beras