Golden Sweet Potato Balls
Golden Sweet Potato Balls

Golden Sweet Potato Balls

Assalammualaikum wbt buat semua pelawat jmc y, semalam petang ros buat sweet potato golden balls ni, kuih keledek ni tak menggunakan sebarang tepung pun, hanya berasaskan isi keledek sahaja ditambah dengan beberapa jenis bahan, hasilnya cukup gebu dan lembut, masuk je dalam mulut dah hancur, ros topping kuih keledek emas ni dengan bijan hitam, kalau tak mau letak ape2 pun boleh, ros refer resepi ni dari website masakan jepun, dan ros sesuaikan bahan nye dan sukatanye mengikut bahan yang sedia ade je, cara nye lebih kurang same…nak cuba boleh review resepi di bawah ni ye. Ros bentukkan nye bulat-bulat kecil dan letak dalam papercup biar nampak lagi cantik dan berseri, macam kuih raya pun ade kan : )

golden sweet potato ball
sumber rujukan asal: cookpad.com
Telah dialih bahasa serta diubah suai bahan dan caranya oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
290gram isi keledek rebus ( kalau takde keledek jepun yang isinya warna kuning tu, boleh guna keledek ape2 je ataupun keledek isi yang warna oren)
30gram mentega
35gram gula
2 sudu besar nama cream (whipping cream) boleh ganti dengan susu segar atau susu soya- ( whipping cream tu takpayah pukul tau, biarkan bentuk cecair tu je)
1 sudu kecil vanila esen
1 biji kuning telur

untuk topping
sedikit bijan hitam dan kuning telur untuk gliss

cara-caranya

1. Keledek dibuang kulit, kemudian di kukus atau direbus, selepas itiu dilecek hingga hancur, timbang berat isi keledek dan pastikan beratnya 290gram.

2. Campurkan isi keledek dengan butter, gula, kuning telur dan esen vanila, kacau sebati, akhir sekali baru masukkan 2 sudu besar whipping cream. simpan dalam peti ais lebih kurang1 jam atau sehingga dua jam, baru dibentuk. ( ros perap kejap supaya bahan-bahan lebih mesra dan supaya senang untuk dibentuk nanti).

3. Bulat-bulatkan kecil atau bentuk bujur seperti keledek, gliss permukaan nye dengan kunig telur dan taburkan dengan bijan hitam.

4. Bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minti ataupun sehingga permukaannya perang, angkat dan sejukkan atas redai, masukkan dalam papercup kecil dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

– Kalau nak banyak dapat golden balls ni, bahan di atas boleh digandakan, dan kalau nak campur sikit dengan walnut pun boleh, lagi sedap nanti jadinya.

Nota: sangat sesuai dijadikan menu minum petang ataupun sebagai hidangan pada hari raya haji nanti, satu kelainan untuk semua.

Golden Sweet Potato Balls
Golden Sweet Potato Balls
Golden Sweet Potato Balls
Golden Sweet Potato Balls
Golden Sweet Potato Balls
Golden Sweet Potato Balls
Golden Sweet Potato Balls
Golden Sweet Potato Balls