
Satsumaimo Pie ( Pie Keledek Jepun) – sweet potato pie
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
340gram isi keledek yang telah direbus dan dilecek ( kalau takde jual keledek jepun, nak guna keledek ape ape jenis pun boleh)
35gram gula
40 gram mentega
1/2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
untuk bahagian bawah puff
4 keping pastry puff segera (frozen)
Untuk topping
sedikit bijan hitam
baki telur untuk gliss
– Untuk rasa yang mewah dan sedap, sila jangan tukar bahan mentega ke marjerin ya….supaya doh inti keledek ni lembut dan mudah dipiping nanti.
Cara-caranya
1. Ambil isi keledek yang siap dilecek dan campurkan dengan mentega, gula,telur dan esen vanila, gaul sebati, wrap dan perap di dalam peti ais lebih kurang 30 minit ke satu jam.
2. Kemudian masukkan isi keledek tadi di dalam piping beg dan gunakan ape jua nozel kegemaran anda, ros guna nozel bentuk bunga.
3. Keluarkan puff pastry dan bahagi puff pastry pada lima bahagian, kemudian pipingkan isi keledek tadi di atas pastry puff , cara piping mengikut hasil seni tangan dan kreativiti masing-masing ya.
4. Tabur kan atasnye dengan bijan hitam, kemudian glis perlahan atasnye dengan baki telur, susun atas dulang pembakar, jangan rapat sangat antara satu sama lain ya.
5. Panaskan oven suhu 180darjah dan bakar pie selama 40 minit ataupun sehinga permukaan pie perang. Sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama teh jepun ataupun teh kegemaran anda. Selamat Mencuba.
-Kalau nak tebalkan sikit bahagian inti nye tu pun boleh, lebihkan sikit masa pembakaran ya, bahagian pastry puff tu kalau lagi garing lagi sedap tau….: ) Selamat Membakar Pie Keledek….



