Bun Kentang Jaluran Blueberry
Bun Kentang Jaluran Blueberry

Bun Kentang Jaluran Blueberry

Resepi boleh rujuk kat bawah ni, ros tak gunakan sebarang penambahan bread conditionor ataupun bread improver, ros hanya gunakan water roux sebagai agen pelembut. : )

Bun Kentang Jaluran Blueberry
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
400gram tepung roti (tepung high protein)
100gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
150gram kentang yang telah dilecek ( dari 2 biji kentang saiz sederhana)
160 ml cecair ( dari 1 biji telur yang ditambah dengan air suam)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
50gram gula
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

( perlu diingatkan, 1 biji telur tu dipukul sebentar menggunakan garpu, ambil 2 sudu kecil bancuhan telur tu dan ketepikan, telur ini akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun kentang ini nanti, bakinya terus dicampur dengan air dan sukat 150ml)

(untuk jaluran, sedikit blueberry filling)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (2 sudu kecil telur tadi ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan jalurkan atasnye dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau rajin boleh jalurkan dengan kastard ya, ikut selera masing-masing, kalau nak guna kaya pun boleh. sedap di makan panas-panas dan sangat berkhasiat untuk anak-anak anda.

Bun Kentang Jaluran Blueberry
Bun Kentang Jaluran Blueberry
Bun Kentang Jaluran Blueberry
Bun Kentang Jaluran Blueberry
Bun Kentang Jaluran Blueberry
Bun Kentang Jaluran Blueberry
Advertisement