Yong Tau Fu
Yong Tau Fu

Yong Tau Fu

Ros ikut resepi Kak Minami dr Myresipi, ros buat separuh adunan je.

Bahan-bahanya – resepi asal dari Kak Minami Myr, terima kasih ya kak : )

5 tangkai cili kering
2 sudu besar gula melaka@ merah ( atau di jepun boleh guna kurosato)
sedikit bijan goreng
1/2 sudu besar gula (kalau kurang manis)
1 sudu kecil garam
sedikit belacan
200 ml air
1 sudu besar minyak ( ros guna goma abura- minyak bijan)- lagi wangi kuah ni nanti.
1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air ( ros guna katakuriko-tepung kentang)

Bahan Pelengkap Yong Tau Fu

4 batang sosej yang telah direbus

3 batang chikuwa

kanikama- crabstick

kankung yang direbus

Bebola ikan

Fishcake

dan lain-lain.

Cara-caranya

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.

3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).

6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Nota: Sejuk-sejuk ni, bila makan yong tau fu panas-panas memang nikmatlah, rasa tak cukup pulak, lagi pun kiranya menu sihat jugak ni, main rebus-rebus je : )

Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu
Yong Tau Fu