Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian

Seri Muka Lempuk Durian

Sumber resepi Asal: Kak Rima
ros copy n paste dari blog: Kak Hana Kanazawa

Bahan-bahan
Lapisan Bawah

250g beras pulut – rendam 1jam dan toskan ( ros guna 2 cawan beras pulut jepun)
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula – rima tambah ( ni ros tak letak)

Cara-cara

1.Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap) ros pun ikut cara kak hana ni.

– ros masak pulut ni guna rice cooker dan bila dah masak, pulut yang masih panas tu, ros terus tekan dalam loyang dan padat-padatkan.

Bahan-bahan
Lapisan Atas

150g isi durian ( ros gantikan dengan sedikit lempuk durian)
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu) ( ros letak satu biji telur je)
35g tepung gandum
10g tepung jagung ( ros ganti dengan tepung gandum)
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning ( ros tukar pewarna hijau)

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

– ros blend semua bahan dan masukkan, sedikit esen pandan serta 1/3 paket lempuk durian tu, dan blender sampai betul-betul hancur dan sebati, kemudian ros terus curah atas lapisan pulut dan kukus selama 40 minit.

Nota: Sukatan santan dan air untuk lapisan atas tu ros main agak-agak je, dan pulut tu pulak ros masak guna rice cooker je, senang, paras santan untuk masuk pulut tu pun ros agak-agak tengelam beras pulut tu, beras pulut jepun takleh air banyak, nnt lembik.

Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian
Seri Muka Lempuk Durian