
Seri Kaya Pandan Mudah
Godek punye godek jadilah resepi kat bawah tu, bila siap masak je tunggu suam jab, terus sapu atas roti, sedapnye tak terkata, manis pun elok-elok je, ros dapat satu bekas kaca saiz sederhana dan setengah bekas plastik kecil hasil dari sukatan resepi di bawah ni, ros kongsikan hasil eksperimen kaya dengan semua, nak guna jus pandan sepenuhnye sayang pulak daun pandan yang tingggal beberapa helai tu, akhirnya guna esen pandan dan pewarna hijau je : )
Bahan-bahanya ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)
350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand)
3/4 cawan gla ( 3 suku cawan gula, ros guna cawan minum kopi 180ml tu)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)
beberapa titik pewarna hijau
Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais. Selamat Mencuba.
– Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )
Nota: Seri Kaya Pandan ini boleh tahan di dalam peti ais lebih kurang 3 minggu jika di simpan rapi di dalam peti ais dan mungkin akan boleh tahan lebih lama lagi, sedap dimakan bersama roti bakar dan anak-anak pasti menggemarinya.

