Scallops with Butter Sauce
Scallops with Butter Sauce

Scallops with Butter Sauce

Bahan-bahanya- sumber resepi dari hubby ros, dia yang ajar ros resepi ni : )

1 paket hotate- scallops ( ade dalam 10 ketul)

1/4 batang negi ( daun bawang)

1 sudu besar butter

1 1/2 sudu besar soyu – kicap cair jepun

Caranya

1. Mula-mula rebus hotate hingga separuh masak, air tu agak-agaklah dlm 1 1/2 cawan je, angkat dan toskan. ( air rebusan hotate tu jangan di buang).

2. Kemudian panaskan fry pan dan masukkan butter dan saute hotate tadi, balik-balikkan hingga warna keperangan ( yaki iro), selepas itu masukkan air rebusan tadi, biarkan mendidih.

3. Akhir sekali, masukkan soyu dan negi, biarkan seketika, angkat dan hidangkan. hotate bata yaki ni harum je dengan aroma butter dan daun bawang tu, selalu jugak ros buat lauk ni. Anda pasti menggemarinya. Selamat mencuba.

Nota: Menu ni ringkas je, nak buat pun tak guna masa lama, ros ingat lagi abang selalu masakkan ros lauk ni masa ros dalam pantang lahirkan Kakak Damia dulu, rasa abalone ni memang manis je, masa kat hospital bersalin tu pun menu dia abalone , tapi dimasak dengan cara lain lah, scallops mempunyai sumber magnesium, Vitamin B12 dan Vitamin E, bagus untuk membina tisu baru dan baik untuk kesihatan.

Scallops with Butter Sauce
Scallops with Butter Sauce
Advertisement