Roti Canai dan Murtabak Tuna
Roti Canai dan Murtabak Tuna

Roti Canai dan Murtabak Tuna

Resepi murtabak ni ros belajar dari kawan rapat ros iaitu Puan Sakinah, kawan masa ros duduk di Nagoya dulu, terima kasih ya Sakinah ajar ros resepi murtabak yang sedap ni, ros kongsikan pula di JMC ya.

Roti Canai dan Murtabak Tuna
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
resepi roti canai- (kulit murtabak)
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
air+ garam ( agak-agak)

*inti murtabak*
2 tin kecil tuna dlm tin atau seachicken
6 biji telur ayam
1/4 biji kobis saiz sederhana ( dihiris halus)
2 biji bawang besar didadu
serbuk kari ikan
garam

*untuk kuah bawang merah*
1 biji bawang besar
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili maggi
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam

cara utk buat kulit murtabak same cam roti canai.

1. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye, Uli hingga doh lembut dan licin, bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.

2. Buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

3. Sediakan inti murtabak pula , setiap doh guna 1 biji telur dan ambil sedikit-sedikit semua bahan inti dan campurkan dalam bekas, kacau sebati kemudian curahkan di atas doh roti canai yang telah ditebar, lipat kemas dan goreng dlm fry pan hingga kekuningan. Ulang langkah ini sehingga doh habis. Selamat Mencuba.

Jika tidak yakin nak curah bancuhan inti terus ke atas roti canai yang telah ditebar, boleh ikut cara ini, masak inti murtabak dahulu di dalam fry pan, dan bentuk kan empat segi, biarkan masak dan angkat, kemudian baru letakkan di tengah-tengah roti canai yang siap ditebar tadi, lipat kemas dan masak murtabak seperti biasa, inti tidak akan tekeluar dan elok je apabila siap dimasak nanti.

Nota: Lebihan doh tu ros buat roti canai kosong dan roti canai telur bawang, tapi gambar tak sempat snap, sebab anak-anak dah tak sabar nak makan hihi : )

Roti Canai dan Murtabak Tuna
Roti Canai dan Murtabak Tuna
Roti Canai dan Murtabak Tuna
Roti Canai dan Murtabak Tuna
Roti Canai dan Murtabak Tuna
Roti Canai dan Murtabak Tuna
Roti Canai dan Murtabak Tuna
Roti Canai dan Murtabak Tuna