Rempeyek Kacang Rangup
Rempeyek Kacang Rangup

Rempeyek Kacang Rangup

Assalammualaikum wbt, resepi ni original dari my mom…senang nak buat dan sukatan santan nye tu pun boleh adjust, yang penting rangup bila dimakan, resepi boleh rujuk di bawah ni ye.
Rempeyek@Tempeyek Kacang Ranguup
Sumber resepi: Puan Hamidah Abdullah dan rosmarlina@ jintanmanis.com

Bahan – bahan

250 gram tepung beras
200 gram kacang tanah
50gram tepung kanji kentang@tepung jagung
2 sudu besar tepung sagu@tepung ubi ( ni ka lau takde tak letak pun takpe)
2 sudu besdar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
50gram udang kering
sedikit garam
300ml santan cair
2 sudu besar air kapur
1 biji telur

minyak untuk menggoreng

Jika ingin pedas boleh masukkan 2 sudu besar cili kisar@cili boh.

-Kalau boleh kacang tanah tu beli yang saiz nye kecil dan jemur dulu beberapa jam.

Cara-caranya

1.Campurkan tepung beras, tepung kanji kentang dan tepung ubi dengan santan. cair adunanye seperti membuat roti jala.

2. tumbuk udang kering hingga lumat, kemudian blender halus ketumbar dan jintanmanis.

3. masukan bahan yang di kisar serta air kapur, telur didalam adunan tepung dan kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan garam.

4. Ambil beberapa senduk adunan dan masukkan dalam bekas, campurkan kacang tanah, sedia untuk di layangkan di tepi kuali, ambil satu senduk adunan yang telah dicampur dengan kacang tanah tadi, dan layangkan nipis di tepi kuali, terbalikkan bahagian rempeyek yang ade kacang tanah di dalam kuali,supaya kacanga tanah masak dan tidak lemau, biarkan seketika dan balik balikan kedua bahagian supaya warna sekata.

5. Angkat dan toskan minyak yang berlebihan, setelah sejuk, baru di masukan dalam tin ataupun bekas bertutup, selamat mencuba.

Jika adunan nampak pekat boleh tambahkan air,supaya adunan nipis dan rangup. pandai-pandai lah adjust ya.

Nota: Fungsi air kapur tu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing.

Rempeyek Kacang Rangup
Rempeyek Kacang Rangup
Rempeyek Kacang Rangup
Rempeyek Kacang Rangup