Popiah Goreng Inti Sedap
Popiah Goreng Inti Sedap

Popiah Goreng Inti Sedap

Bahan-bahannya

15 keping kulit popiah ( ros beli kt baticrom)

150gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dgn isi ayam atau daging)

200gram tauge ( kira satu paket tu lah)

1 biji telur

1/2 batang carrot

1/2 batang timun

1/2 cawan mix vegetable

2 ketul tauhu goreng

lada sulah

1/4 biji bawang besar

Cara-caranya

1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian timun dan carrot di hiris bentuk anak mancis, kira nipis-nipis lah, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub serta pukul telur sedikit menggunakan garpu.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, di dalam kuali yang same, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan tauhu dan tauge, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air, dan sejukkan sebelum digulung. Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dgn sedikit air ( seperti pes) untuk digunakan sebagai pelekat bagi proses akhir penggulungan popiah ini nanti.

4. letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa, goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Sedap dimakan panas-panas dan di cicah dengan sos cili ataupun sos cili manis thai, Selamat Mencuba.

Nota: Ros bagi nama popiah inti sedap ni sebabnya resepi ni ros buat masa balik mesia hari tu, satu family ros kata sedap, kakak-kakak dan mak pun minta resepi, semalam pun abang kata Oishi, yelah kan sape lagi nak puji kalau bukan family sendiri hihihi : )

Popiah Goreng Inti Sedap
Popiah Goreng Inti Sedap
Popiah Goreng Inti Sedap
Popiah Goreng Inti Sedap