Oden
Oden

Oden

Oden ialah makanan jepun yang sangat popular, terutamanya pada musim sejuk, nak buat kuah atau sup nye pun senang sangat, sama je macam kita buat sup udon tu, cumanya tak letak negi, lagi sedap bila oden ni dimakan bersama misonya, kira pencicah lah tu, ikut style orang Nagoya makan, kami makan dengan kimchi sekali, resepi kuah oden ni boleh rujuk kat bawah ni ye.

Kuah Oden
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk 2-4 orang makan)

*Untuk Sup Oden*

1 Liter air

1/4 ( suku) cawan soyu

3 sudu kecil dashi

2 sudu kecil garam

sedikit garam

500ml air rebusan dari katsuo bushi (dried bonito flakes)

– bahan oden, Daikon ( lobak putih jepun), konyaku, anpen, fishcake dan lain-lain.

* Untuk Oden Miso*

2 sudu besar miso

1 cawan air

1 sudu besar sos okonomiyaki

50ml air gula merah

2 sudu kecil gula

sedikt bancuhan katakuriko ( tepung kentang@tepung jagung)

Nak tengok gambar soyu dan dashi yang ros gunakan buleh klik SINI

dan ni pula gambar Katsuo bushi ( Dried Bonito Flakes)

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan sup oden di dalam periuk dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan daikon ( lobak putih jepun) yang telah di potong dan konyaku dahulu, setelah daikon empuk baru masukkan bahan-bahan oden yang lain seperti, chikuwa, anpen, fishcake, telur puyuh rebus dan lain-lain.

* Buat Miso Oden*

1. Satukan semua bahan miso oden di dalam periuk kecuali bancuhan tepung katakuriko, setelah semua sebati dan agak mendidih baru masukkan bancuhan katakuriko bagi memekatkannya, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama daikon atau pun konyaku. Selamat Mencuba.

Nota: Oden ni lebih kurang macam yong tau foo ataupun steambot lah kalau kat mesia, cuma kuahnya je yang berlainan, ros paling suke dalam oden ni ialah, daikon tu, cicah pulak dengan miso oden, lagilah menambahkan ke-enakannya. Bahan untuk kuah oden ni ade juga yang segera, boleh tengok kat supa kalau ade jual, yang tu lagi senang, main curah je. : )

Oden
Oden
Oden
Oden
Oden
Oden
Oden
Oden
Oden
Oden