Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe

Moist Roasted Chicken Recipe

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannye

1 ekor ayam ( ros guna ayam 700gram)
2 sudu besar minyak zaitun
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit marjerin@mentega

Cara-caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada hitam.

2. Kemudian cucuk-cucukkan ayam tadi dengan garpu dan lumurkan bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam, perap ayam selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Lagi lama diperap lagi sedap.

3. Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama satu jam, setelah 30 minit di bakar, keluarkan ayam dan sapukan ayam dengan marjerin dan lebihan minyak yang terdapat pada dulang pembakar, kemudian teruskan proses pembakaran.

4. Pastikan ke dua-dua permukaan ayam perang sekata, balik-balikan ayam dan bakar ayam sehingga garing dan masak.

5. Setelah siap dibakar, potong ayam pada dua bahagian dan hidangkan bersama kentang putar, coslaw dan macaroni cheese. Selamat Mencuba.

Nota: Penambahan jus lemon dan olive oil tu menambahkan lagi aroma dan kelembapan pada ayam bakar ini, marjerin juga membantu supaya permukaan ayam lebih garing dan sedap. Selamat Mencuba ya kawan-kawan.

Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe
Moist Roasted Chicken Recipe