Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)
Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)

Macaroni Guratan@Gratin ( Penne) Step by Step

Assalammualaikum wbt semua, menu ini adalah menu yang sentiasa di masak untuk anak-anak, sebab penggemar setia nya ialah anak dara ros, kakak damia, tak kisahlah spaghetti guratan ke, macaroni ke, semua yang ade cheese dia suke, resepi inti guratan ni pun ikut selera ros sendiri je, buleh ditukar dengan ape jua bahan kegemaran masing-masing ya, nak ikut cara ros kat bawah ni pun boleh, ade juga langkah bergambar ros melapis inti guratan ni, dasar guratan tu ros saje je lapiskan dengan hirisan kentang, kalau nak teurs letak inti macaroni pun boleh, Selamat Mencuba.

Makaroni Guratan@Gratin ( penne)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis .com

Bahan-bahanya

Untuk White Souce
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter
sedikit parmesan cheese
1/2 cawan susu segar ( guna susu UHT ataupun bancuhan susu tepung pun buleh)
1/2 cawan air
lada sulah
garam

Bahan-bahanya isi guratan

1 piring kecil ayam goreng
1/2 pokok brokoli yang siap dicelur
1/4 batang carrot yang dihiris nipis dan dicelur
2 cawan makaroni penne yang siap direbus ( nak guna macaroni bentuk lain pun boleh, masa rebus makaroni ikut arahan pada paket ya)
sedikit parmesan cheese
sedikit hirisan kentang ( kentang ni tak perlu celur, kupas kulit luarnye dan hiris nipis je)

Untuk taburan
dried pasley
sedikit mozarela cheese

Cara-caranya

1. Mula-mula, buat white sauce- menggunakan periuk kecil, masukkan tepung gandum yang telah di campurkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu segar, kacau sebati dan masaka hingga agak pekat, baru masukkan lada sulah, sedikit parutan pamersan cheese, garam dan butter. Kacau perlahan. Tutup api dan ketepikan. Jika terlalu pekat boleh tambahkan lagi 1/2 cawan air dan kacau sebati.

2. Satukan macaroni penne yang siap direbus dengan 1 sudu besar olive oil, garam dan sedikit lada sulah, gaul sebati, ambil bekas guratan sapukan keliling bekas atau acuan guratan tadi dengan butter, kemudian susun kan kentang di bawahnya. Lihat cara bergambar no.2.

3. Kemudian letakkan macaroni penne di atas lepisan kentang tadi. Gambar nombor 3.

4. taburkan atas macaroni dengan hirisan ayam goreng, brokoli dan hirisan carrot yang telah dicelur. Gambar nombor 4.

5. Curahkan white souce di atas bahan-bahan tadi. Gambar nombor 5.

6. Pastikan white souce menutupi keseluruhan isi gurantan. Gambar nombor 6.

7. taburkan dengan mozarela cheese. Gambar nombor 7.

8. akhir sekali topping pula dengan dried pasley. Gambar nombor 8.

9. Bakar pada suhu 180 ke 190 darjah selama 40 ke 50 minit ataupun sehingga permukaan guratan perang, Angkat dan hidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

Variasi kedua untuk inti guratan

– boleh tumis kan sedikit macaroni yang siap direbus dengan hirisan bawang besar dan bawang putih, saute sedikit dan campurkan dengan isi ayam, sesuaikan rasa masukkan garam dan sedikit lada sulah, masa ni nak masukkan sayuran seperti carrot dan brokoli pun boleh, kalau guna cara ni, sayur tak perlu dicelur dahulu, masukkan sekali je, yang perlu di rebus hanya macaroni, dan kalau nak guna macoroni jenis lain pun boleh, inti guratan ni ikutlah selera masing-masing ya, siap inti, bolehlah terus masukkan dalam bekas guratan, curah white souce dan pastikan menutupi inti dan taburkkan mozarela cheese atau mix cheese bakar sehingga perang.

ros sengaja guna ayam yang siap digoreng sebab ayam akan rasa rangup bila dimakan

Nota: Dried pasley tu kalau nak tukar pada dried oregano pun boleh.

Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)
Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)

cara2a

Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)
Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)
Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)
Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)
Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)
Macaroni Guratan@Gratin ( Penne)