Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)
Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)

Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Untuk lapisan bawah ( warna kuning)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1/4 ( suku cawan) isi durian
1 biji telur

( sedikit perwarna kuning atau hijau)

Untuk Lapisan atas ( warna putih)

1 1/2 cwn gula(kalau manis leh kurang kan)
2 1/2 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan lapisan bawah, di dalam blender dan kisar sehingga betul-betul sebati dah halus, alas loyang bulat dengan baking sheet dan curah adunan, kukus sehingga bahagian atasnya kelihatan keras sedikit, ( masa yang diperlukan lebih kurang 20 minit).

2. Sementara itu buat adunan lapisan atas, campurkan tepung beras, garam di dalam santan, kacau sebati, dan tapis kan, curah di atas lapisan kuning dan kukus hingga betul-betul masak, kukus selama 40minit. Sejukkan dahulu baru dipotong, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

Nota: Ros gunakan sebiji kelapa untuk mendapatkan lebih kurang 4 cawan setengah santan cair, dan kuantiti santan ini boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing ya, nak guna santan segera tu pun boleh.

Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)
Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)
Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)
Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)
Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)
Kuih Talam Durian ( Guna Pengisar)