Jejemput Saku Saku Fuwa Fuwa
Jejemput Saku Saku Fuwa Fuwa

Jejemput Saku Saku Fuwa Fuwa

Jejemput rangup dan lembut.

Bahan-bahanya ( saku-saku tu maksudnya rangup, fuwa fuwa ( lembut).

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 biji bawang besar
1/4 biji kobis ( saiz kecil)
satu piring kecil ikan bilis ( kira-kira segemgam lah)
garam
1/2 cawan air suam

Cara-cara

1. mula-mula potong halus bawang dan kobis. Di dalam bowl masukkan tepung gandum, telur, ikan bilis, garam dan bahan yang telah dipotong tadi.
2. kacau rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. adunan jangan terlalu cair bagi mengelakkan jemput-jemput meresap minyak apabila digoreng nanti.
3. goreng dengan minyak dan gunakan api sederhana. setelah jemput-jemput garing angkat dan hidang dengan sos cili. Ok dah siap, Selamat mencuba.

Nota: Resepi ni antara resepi jemput-jemput feveret ros, dan nak tau tak sape yang ajar, hihi, husband ros yang buat dulu, pastu dia ajar ros, sejak tu kalau buat jemput-jemput memang guna resepi ni, sebabnya lembut dan rangup je sentiasa, kalau nak ganti ikan bilis tu dengan udang pun boleh. : )

Jejemput Saku Saku Fuwa Fuwa
Jejemput Saku Saku Fuwa Fuwa