Cili Kisar Tumis Segera
Cili Kisar Tumis Segera

Cili Kisar Tumis Segera

Ros nak kongsi cara yang biasa ros buat cili kisar, lepas blender simpan siap-siap dalam bekas bertutup dan cili kisar tumis ni akan tahan di dalam peti ais lebih kurang 1 minggu setengah hingga ke 2 minggu, dengan adanya cili kisar tumis ni, kerja ros menjadi lebih mudah, sebabnya kalau nak buat sambal ke, nak goreng mee ke, tumis sardin ke, ataupun nak buat nasi goreng, ros cuma tumis je, tak payah nak tumbuk-tumbuk atau blender lagi, sebabnya dalam cili kisar ni ros dah letak siap-siap segala bahan tumis tu, mungkin cara ros buat cili kisar tumis ni boleh membantu kawan-kawan yang tidak mempunyai banyak masa, atau pun untuk memudahkan kerja. Di bawah ni ade resepi nya. : )

Bahan-bahannya

20 tangkai cili kering

1 biji bawang besar- dihiris kasar

5 ulas bawang putih- dihiris kasar

2 inci belacan (x letak pun takpe)

secubit garam

1/2 sudu besar gula

Air masak secukupnya

1 sudu besar minyak masak.

Cara-caranya

1. Gunting atau potong cili kering beberapa bahagian dan rebus sebentar, sehingga mendidih, setelah siap direbus angkat dan toskan.

2. Letakkan cili kering yang siap direbus tadi, ke dalam pengisar dan masukkan air masak, jangan gunakan air yang belum dimasak ataupun air paip, kalau guna air yang belum di masak, cili kisar tumis ini akan cepat rosak atau basi, paras air tu agak-agak lah ye, jangan letak banyak sgt, kiranya 3/4 dari kuantiti cili kering tu.

3. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, belacan, minyak masak, gula dan garam, kisar hingga hancur. akhir sekali curahkan dalam bekas dan jika cili masih suam, sejukkan, biarkan sebentar pada suhu bilik, akhir sekali tutup kemas, dan simpan di dalam peti ais.

4. Cara menggunakan cili kisar tumis segera, jika ingin membuat sambal, ambil dua atau tiga sudu cili kisar dan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan sotong, udang atau ape jua bahan yang anda ingin jadikan sambal dan masak seperti biasa, senang, mudah dan menjimatkan masa, Selamat Mencuba.

Cili Kisar Tumis Segera
Cili Kisar Tumis Segera
Cili Kisar Tumis Segera
Cili Kisar Tumis Segera
Cili Kisar Tumis Segera
Cili Kisar Tumis Segera