Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup

Bun Sosej Goreng Rangup

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, ros buat roti goreng, namanya bun sosej goreng ranguup, ala-ala kare pan jepun juga, tapi intinye tu bukan kari, ros tukar pada sosej ayam yang telah direbus, rasanya rangup diluar, lembut didalam, sebab bun ni kita salut dengan breadcrumbs kan, bila dah siap goreng tu memang lah garing dan sedap, ros buat bun goreng ni istimewa buat anak-anak ros yang masa tu kurang sihat, Alhamdulilah berselera je semua makan, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, kalau nak buat separuh adunan pun boleh, ros buat banyak sebab itulah menu hightea dan sarapan untuk ke-esokkan harinya.

Bun Sosej Goreng Rangup
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
30 gram shortening atau marjerin
2 biji telur ( 1 biji dimasukan dalam doh, 1 lagi digunakan untuk salut bun dengan breadcrumbs nanti)
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
190 ml susu segar@air suam
2sudu kecil yis ( ros guna jenama instant yis jenama mauripan)
3 sudu besar water roux
( nak masukkan sedikit bread softner atau bread improver pun boleh, ros tak masukkan sebab dah masukkan water roux)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam ( kalau dah guna marjerin takyah letak garam)
1 sudu kecil minyak zaitun ( ni taknak letak pun takpe)
1 cawan serbuk roti

(untuk intinya, 5 batang sosej yang telah direbus, dan dipotong beberapa bahagian)

untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs@serbuk roti

( serbuk roti ni ros buat sendiri, roti putih biasa tu, ros bakar sampai perang, guna toaster, lepas tu ros blender hancur)

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan, ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan inti dan bahan salutan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.selepas doh diperap, uli doh sekali lagi beberapa minit dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian leperkan doh sedikit dan boleh disikan dengan sosej ayam yang telah dipotong tadi. tutup kemas dan bulat-bulatkan.

5. Alas dulang dengan baking sheet, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Toskan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

– Peringatan, kena letak kertas minyak@ baking sheets tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti. Nak review balik resepi kari pan yang guna daging dan kentang tu boleh Kare Pan ( Roti Kari Goreng) dalam jintanmanis.com ni ye.

Nota: Kalau nak buat bentuk lonjong sikit pun boleh, dan sila gunakan api sederhana bila menggoreng bun ini, supaya dalam nye masak sempurna, selalu balik balikkan supaya warna nye sekata.

Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Bun Sosej Goreng Rangup
Advertisement