Bun Nescafe Excella Filled with Tablerone Chocolate
Bun Nescafe Excella Filled with Tablerone Chocolate

Bun Nescafe Excella Filled with Tablerone Chocolate

Bahan-bahanye
180 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
3/4 biji telur
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu kecil yis
100ml susu segar
2 sudu besar gula
1 paket nescafe excella ( ros guna yang cecair, klu nak guna yang serbuk pun boleh)
3 paket mini toblerone coklat ( nak tukar dengan krim coklat nuttella pun boleh)

Cara-caranya
1) Kalau ade BM Pilih menu Dough dan On je, kalau takde campurkan kesemua bahan dalam bekas adunan kecuali marjerin dan uli sehingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh isikan inti coklat toblerone yang telah dipotong kecil.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan marjerin . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Gliss roti dengan baki telur+1\2 sudu kecil susu dan beberapa titik madu dan bakar selama 18-20 minit atau sehingga perang. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan marjerin.

6) Sejukkan roti di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara, Sedia untuk dihidangkan dan amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau takde Nescafe 3 in one bentuk cecair tu boleh guna 3inOne yang serbuk tu ataupun nescafe biasa je, cuma kena bancuh dengan sedikit air, supaya senang larut dan mudah sebati dalam doh nanti, jika tidak mahu letak inti coklat pun takpe, biarkan kosong sahaja. : )

Advertisement