Apam Marble Mitsuya Cider ( Aiskirm Soda atau Sprite)
Apam Marble Mitsuya Cider ( Aiskirm Soda atau Sprite)

Apam Marble Mitsuya Cider ( Aiskirm Soda atau Sprite)

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

150gram tepung gandum
3 biji telur
90gram gula
1 penutup (2 sudu kecil) esen vanila
100ml air mitsuya cider atau aiskirmsoda atau sprite
sedikit pewarna hijau
2 sudu kecil baking powder

Cara-caranya

1. Ayak tepng gandum bersama baking powder, ketepikan, kemudian telur di asingkan putih dan kuning nye, pukul putih telur hingga berbuih sedikit, selepas itu masukkan separuh kuantiti gula, pukul lagi sehingga putih telur menjadi kental (meringue), ketepikan.

2. Selepas itu pukul kuning telur bersama baki gula hingga kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air mitsuya cider, gaul mengunakan spatula ataupun senduk kayu, masukkan pula esen vanila, gaul sebati, akhir sekali, adunan meringue (putih telur) di bahagi tiga bahagian, dan masukkan satu bahagian meringue di dalam adunan tepung tadi, ulang langkah tadi sehigga adunan meringue habis, pastikan meringue sebati dalam adunan tepung.

3. Adunan di bahagia 2 bahagian, satu bahagian biarkan warna asal dan satu lagi diwarnakan dengan warna hijau, masukkan beberapa titik pewarna hijau dan sedikit pandan emulco ( pandan emulco ni kalau takde pun takpe), sediakan loyang, alas loyang bulat dengan baking sheets ( kertas minyak) sapukan keseluruhan loyang dengan sedikit minyak, sendukkan satu bahagian adunan asal di dalam loyang dan letakkan satu lagi senduk adunan hijau di atas adunan warna asal, selang selikan adunan, ulang langkah tadi sehingga adunan semua habis.

4. Panaskan Pengukus, biarkan air kukusan mendidih, Tutup loyang bulat dengan alumunium foil ataupun baking sheet, kukus apam marble selama 40 hinga 45 minit ataupun sehingga apam marble masak, cucuk dibahagian tengah apam dengan menggunakan lidi sate, jika tiada adunan yang melekat, maknanye apam marble sudah masak.

5. Setelah masak, keluarkan adunan dari loyang bulat dan sejukkan, potong dan sedia untuk dihidangkan, boleh juga dimakan bersama kelapa parut ataupun dimakan begitu sahaja, Selamat Mencuba.

– Jika mahu pelbagaikan warna apam marble ni boleh juga, ikut selera masing-masing, Selamat Mencuba.