Tepung Pelita
Tepung Pelita

Tepung Pelita

Resepi dari kak yani myresipi, tapi ros copy dari blog kak hana kanazawa, terima kasih buat kakak berdua ya, ros buat separuh adunan je dari bahan kt bawah tu, dapatlah 5 bekas kecik…: )

Bahan-bahanya ( sumber resepi asal Kak Yani Myresipi) , halal resepi nye ya kak yani.
1 cawan tepung beras ( ros cuma letak 1/2 cawan tepung beras)
1 cawan gula ( 4 sudu besar gula)
5 cawan air ( 2 1/2 cwn air)
4 sudu besar tepung beras(ratakan) – (2 sudu besar tepung beras)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan ( 1/2 paket santan serbuk+ 1/2 cawan susu segar)
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air ( 1 helai daun pandan di simpul)
sedikit kapur dan sedikit garam ( secubit garam, air kapur ros tak letak)

Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pandan@pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan

Nota: ros tak letak air kapur pun dalam adunan hijau tu , sebab takde stok, tapi alhamdulilah rasanye tetap menten sedap, daun pandan tu pun ros tak mesin, ros cuma simpulkan dan kacau sekali dalam adunan hijau tu.

Tepung Pelita
Tepung Pelita
Tepung Pelita
Tepung Pelita