Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Telur Masin Perantau ( telur ayam)

Telur Masin Perantau ( telur ayam)

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
air secukupnya

bekas
balang kaca

Cara-Caranya

1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.

2. Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.

3. susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.

4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.

Nota: Masa perap telur masin ni jangan letak dalam peti ais, letak je dalam almari atau kat ruang dapur tu, bila dah jadi baru disimpan dalam peti ais, jangan di rendam terlalu lama, nanti jadi termasin pulak, heheheehe : )

setelah 25 hari di perap inilah hasilnya….jeng je jengg….

Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Telur Masin Perantau ( telur ayam)