Tahu Sumbat
Tahu Sumbat

Tahu Sumbat

Bahan-bahanya

4 keping tahu goreng

1/2 batang timun

1/2 batang lobak merah

100gram taugeh

* untuk kuah cili*

1 sudu besar cili kisar

1 ulas bawang putih

2 sudu sos cili

1sudu besar sos tomato

2 sudu besar gula

1 cawan air

Cara-caranya

1. Goreng tauhu hingga garing dan bahagi dua, ( bentuk segitiga), potong di tengah-tengah tauhu dan ketepikan.

2.Timun dan lobak merah dipotong nipis seperti anak mancis dan buang ekor taugeh. Celur seketika kesemua sayur tadi dan toskan.

3. Ambil tauhu dan sumbatkan dengan segala sayur yang telah di celur, setelah semua tauhu disumbat, ketepikan, masak kuah cili pula.

4. Bawang putih di ketuk dan dicincang halus kemudian masukkan cili kisar, bawang putih, air, sos cili , sos tomato, garam dan gula di dalam periuk, masak sehingga kuah agak pekat, tutup api dan sejukkan

5. Curahkan kuah cili tadi di atas tahu sumbat, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Ade orang suke makan tahu sumbat dengan kuah kacang, ataupun kuah kicap berkacang, kuah dia tu buatlah ikut selera masing-masing ya, nak lagi senang, cicah je dengan sos manis thai tu, sedap jugak : )

Tahu Sumbat
Tahu Sumbat
Tahu Sumbat
Tahu Sumbat