Super White Soft Bread
Super White Soft Bread

Super White Soft Bread

Bahan-bahannye
250 gram tepung roti
15 gram butter ( boleh ganti dengan shortening)
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
160 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)

( klu nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh-tp ros tak letak)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu roti putih dan tekan ON je, tunggu dan bila dah siap dibakar boleh terus dikeluarkan dari acuan dan sejukkan, potong ikut kepingan yang dikehendaki .

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit.

3. Selepas itu, perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk doh , keluarkan angin dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

Nota: kalau nak variasikan dengan buah-buah kering pun boleh, letaklah kismis ke, biar lagi tambah serat dalam roti putih ni. : )

superwhite4

Advertisement