Sup Sayur Butiran Gandum
Sup Sayur Butiran Gandum

Sup Sayur Butiran Gandum

sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

bahan-bahannya

* Untuk dango@butiran gandum*
1/2 cawan tepung gandum
sedikit air
1/3 sudu kecil garam

untuk sup sayur
sedikit sayur sawi – dipotong kecil
1/4 batang carrot – dihiris halus
1/4 batang celeri – di potong kecil
1 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang halus
1/4 biji bawang besar- di cincang halus
sedikit fish cake- dipotong kecil

( untuk rasa yang lagi sedap boleh masukkan sedikit lada sulah atau serbuk perasa)

cara-caranya

1. Campurkan semua bahan untuk butiran gandum dalam bekas adunan dan uli hingga menjadi doh, air tu kena pandai agak-agaklah, doh lembut seperti doh roti canai ataupun doh untuk kulit karipap tu, kemudian bahagi doh kecil-kecil dan leperkan.

2. Kemudian panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan butiran gandum dan masak hingga terapung, angkat dan tapiskan air yang berlebihan.

3. Buat sup sayur, Panaskan dua sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih, bawang besar hingga naik bau, kemudian masukkan 3 cawan air, carrot, batang celeri dan fishcake, setelah mendidih masukkan pula butiran gandum tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Selepas itu masukkan batang sawi dan biarkan agak layu, akhir sekali masukkan daun sawi dan hirisan daun celery atau daun sup, biarkan sebentar lebih kurang 2,3 minit, tutup api, dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

* Kalau nak masukkan isi ayam pun boleh*

Nota: Sayur-sayuran dalam sup ni boleh diganti dengan ape jua sayur kegemaran anda, seperti bunga kobis, tomato dan lain-lain.

Sup Sayur Butiran Gandum
Sup Sayur Butiran Gandum
Sup Sayur Butiran Gandum
Sup Sayur Butiran Gandum
Sup Sayur Butiran Gandum
Sup Sayur Butiran Gandum
Advertisement