
Samosa Pantai Timur
Sumber resepi: rosmarlina dan yusop @ jintanmanis.com
Bahan batter/kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
garam secukupnya
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil minyak masak
1/2 cawan santan atau susu segar
1. Didalam bekas adunan, campur tepung, telur, garam, air, santan dan 1 sudu kecil minyak masak kacau supaya tak beketul dan kemudian tapis. perap seketikan lebih kurang 1/2 jam supaya adunan lebih mesra, kemudian sapukan sedikit minya di atas fry pan dan letakkan satu senduk adunan dan layangkan nipis. masak sehingga ke dua-dua permukaan agak perang, angkat dan ketepikan. ( adunan kulit samosa ni memang cair, macam buat kuih ketayap tu, kalau adunan ni agak pekat boleh tambah air ya).
untuk inti
3 biji kentang – dipotong dadu
200gram daging boneless – dipotong dadu kecil-kecil
1/4 biji bawang besar yg telah dicincang
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari daging ( di jadikan pes)
caranya..
tumis bawang besar, bawang putih, cili kisar dan serbuk kari daging hingga naik bau, kemudian masukkan daging, dan 1 cawan air, masak sehingga daging agak empuk, selepas itiu masukkan kentang, kacau sebati, setelah daging dan kentang masak, angkat dan sejukkan.
Cara melipat.
1. Ambil kulit samosa tadi, dan letakkan inti daging+kentang, lipat seperti membuat popia, ulang langkah tadi hingga semua kulit semosa dan inti habis, panaskan minyak dan goreng kan samosa yang siap dilipat tadi, ( pastikan samosa tenggelam dalam minyak yang banyak), goreng sehingga perang dan garing, angkat dan hidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.
Nota: Samosa pantai timur ni , garing dan rangup di luar, ditambah lagi dengan ke-enakan inti daging kentang di dalam, lain kali nak suruh abang buat lagi lah, anak-anak pulak pakat makan kulit samosa ni je, inti dia ummi yang perabis kan…hihi..kalau nak lipat samosa ni kecil-kecil pun boleh, lagi comel rupanya nanti. : )



