Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab

Roti Pita @ Roti Kebab

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari tu lepas ros buat roti pita, kebetulan ros masak juga sup daging, tu yang cadangnye nak cicah dengan sup daging tu, menu ringkas dinner kami, ros buat roti pita ni dah dua kali dah, kalau tak silap lah, kali ni baru teringat nak ambil gambar dan kongsikan dengan semua, ros rujuk resepi ni di laman myresipi.com, resepi roti pita dari Erna, resepi nye cukup ringkas dan menjadi, cumanyeee hari tu, oven ros tak boleh dipanaskan pada suhu 230c, boleh sampai 210c je, sebab tu lah agaknye roti pita ros tak naik kembung sangat, tak cukup panas rasanya, tapi takpelah, janji naik sikit dan tekrsturnya cukup gebu, di bawah ni ros lampirkan resepinye ya, pada Erna, izinkan ros panjangkan resepi erna di sini ya, terima kasih banyak-banyak : )

Roti Pita @ Roti Kebab
Sumber resepi: Erna di Myresipi.Com
Telah dicuba Oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil/minyak masak ( ros guna minyak masak )
2.5g dry yeast ( ros guna 3gram yeast)

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.

2.Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.

3.Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.

4.Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit. ( ros lebihkan masa membakar pada 6 minit sebab ros gunakan suhu pada 210c sahaja)

*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.

Nota: pastikan kita tabur sikit atas papan canai dan peggelek doh tu dengan sedikit tepung gandum supaya doh tidak melekat dan letakkan siap2 doh yang siap dicanai nipis di atas kertas minyak dan apabila telah naik sedikit boleh terus di bakar.

Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Roti Pita @ Roti Kebab
Advertisement