
Roti Oat Jagung Manis Hokkaido
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
*Untuk Doh*
250gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
3 sudu besar gula
30gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
160ml susu segar suam @ air suam
6gram yis
40gram Oat ( ros guna jenama quaker oat)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 sudu kecil bread improver ( x letak pun takpe atau boleh diganti dengan water roux)
4 sudu besar sweet cream corn ( ros guna sweet corn dari Hokkaido)
* Untuk Gliss* -baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar dan sedikit sos kastard.
Cara-caranya
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 2 bahagian, satu bahagian doh ros bahagi dua dan susun dalam acuan roti sandwish, satu lagi bahagian ros bulat-bulatkan menjadi 9 bun kecil dan susun dalam acuan petak 18cm, biarkan naik dua kali ganda. ( bentukkan doh mengikut selera masing-masing, doh tu kalau nak buat bun kecil-kecil boleh dapat dua acuan.) Untuk roti dalam acuan sandwish tak perlu di jalurkan dengan sos kastard hanya perlu di gliss sebelum dibakar selama 28 hingga ke 30 minit.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dalam acuan petak dan jalurkan dengan sos kastard, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
Nota: Rupa roti oat jagung manis ni seakan bun kentang yang ros buat dulu tu, tapi rasanya lagi sedaplah, manis jagung ditambah pula dengan serat oat, amat sesuai di makan bila-bila masa sahaja.








