Rojak Tepung
Rojak Tepung

Rojak Tepung

Resepi asal dari: Rojak Tepung Kak Hana

UTK TEPUNG ROJAK

2 cawan tepung gandum
satu sudu makan rata yis
3 sudu gula
garam
air
pewarna kuning – optional ( ros tak letak, biarkan plain je)
minyak utk deep fry

caranya

UTK KUIH ROJAK TEPUNG – bancuh yis ngan air suam.aktifkan ( ros guna mauripan campur terus je)
dlm mangkuk lain…masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati… masukkan air yis td sikit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
perap adunan selama 1 jam.
panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan

Untuk Resepi Kuah Rojak dan bahan pelengkap yang lain boleh rujuk di bawah

kuah rojak- sumber resepi rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
1 bungkus mee kuning ( dalam 300gram)- celur sebentar
1/2 biji timun ( hiris halus)
Tauhu goreng ( potong nipis)
1 biji kentang ( potong berbaji) rebus dan kemudian goreng untuk lebih perang
1 keping peha@dada ayam boneless ( potong nipis dan goreng)
2 biji telur ( rebus dan goreng sebentar)

untuk kuah rojak
1/2 cawan kacang tanah ( dikisar halus)
Bahan Kisar ( 5 tankgai cili kering 1\4 biji bawang besar+1 ulas bawang putih+1 sudu kecil udang kering)
6 keping biskut ritz (blender halus)- boleh diganti dengan biskut cream crackers
1/2 sudu besar gula
garam
sedikit minyak untuk menumis

caranya

1. buat kuah rojak, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan kacang tanah dan biskut ritz tadi, fungsi masukkan biskut untuk memekatkan kuah nanti. masukkan juga 1 cawan air, sesuaikan rasa ( masukkan garam dan sedikit gula) dan biarkan kuah agak pekat. Siap dan boleh dicurah atas bahan rojak.

Nota: Kalau nak buat makan-makan pun boleh guna resepi ni, boleh gandakan bahan-bahanya, sure jadi hits punye, tak kisahlah rojak ni nak buat minum petang ke, makan malam ke, tengahari ke, yang penting kenyangkan : )

Rojak Tepung
Rojak Tepung
Rojak Tepung
Rojak Tepung
Rojak Tepung
Rojak Tepung
Rojak Tepung
Rojak Tepung