Pau Lembut
Pau Lembut

Pau Lembut

400 gram tepung pau
1 1/2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam
1 sudu besar gula gula
1 sudu kecil baking powder+1sudu kecil bread softner
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis

( ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit dan bahagikan pada 15 bahagian kecil dan isi dengan inti kegemaran anda.

2. Ros letak inti kacang merah dan daging+kentang, tutup doh rapat-rapat dan biarkan sehingga dua kali ganda selama 1 jam, kukus selama lebih kurang 8 hingga 10 minit, bergantung pada saiz pau. sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Pastikan Pau tidak dikukus terlalu lama untuk mengelakkan kulit pau berkedut, air kukusan juga perlu di ambil kira, pastikan air kukusan betul-betul mendidih dan air di penutup kukusan tidak terkena pau apabila di kukus. Apabila ingin manangkat pau yang telah siap dikukus angkat bekas pengukus di bahagian atas dan alihkan pau, kemudian susun baki pau yang belum dikukus dan letak di atas dapur kembali.

Pau Lembut
Pau Lembut
Pau Lembut
Pau Lembut