Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza

Okonomiyaki @ Japanese Pizza

Bahan-bahanya

Untuk bancuhan tepung okonomiyaki ( menghasilkan 4 ke 5 okonomiyaki saiz sederhana)
120gram tepung gandum+1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
150ml air
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk dashi ( ni kalau takde pun takpe)

Bahan Campuran
150gram kobis yang dicincang halus
3 sudu besar sakura ebi ( udang geragau)
sedikit hirisan daun bawang
1batang chikua ( ala-ala fish cake), dihiris halus
1/2 cawan tenkasu ( adunan tempura digoreng kosong)
( boleh juga tambah hirisan sotong atau udang basah)
sedikit minyak masak dan beberapa titik minyak bijan

Untuk topping
Aosa ( serbuk daun hijau)
Bonito Flakes
Sos Okonomiyaki
Mayonis

Cara-caranya

1. Campurkan tepung gandum, garam, serbuk dashi dan baking powder, kemudian bancuh bersama air dan telur, kacau sebati.

2. Kemudian masukkan kobis, hirisan daun bawang, tenkasu, udang geragau dan chikua, kacau dan pastikan semua nya digaul mesra.

3. Ambil fry pan dan letakkan sedikit minyak masak dan masukkan beberapa titik minyak bijan, ( kuantiti minyak ni sikit je guna, macam kita nak goreng telur dadar tu), setelah minyak dan fry pan panas cedokkan 1 1\2 senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah fry pan, jika fry pan besar boleh buat dua okonomiyaki sekali gus.

4. Biarkan seketika, bila pemukaan bawah agak perang, terbalikkan perlahan-lahan dan biarkan masak sekata, Ulang langkah tadi sehingga adunan habis.

5. Toppingkan okonomiyaki dengan sos okonomiyaki, sapukan rata dan tabur dengan aosa, paipkan moyonis dan tabur dengan bonito flakes, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

– Boleh lihat gambar di bawah sebagai rujukan cara-cara masak okonomiyaki ni : )

Nota: Kalau nak masukkan sotong tu hiris kecil ya dan udang pun jangan guna udang yang besar-besar, udang sederhana aje atau yang kecil, kalau takde sos okonomiyaki tu pun takpe, sedap juga di cicah bersama sos cili. : )

Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza
Okonomiyaki @ Japanese Pizza