Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau
Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau

Kuih Serimuka Lempuk Durian Perantau

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahagian Bawah Pulut
1 1/2 cawan beras pulut ( ros guna beras pulut jepun)
2 cawan air
1 sudu kecil minyak masak
sedikit garam

Cara-caranya
1. Bersihkan beras pulut, kemudian masukkan air, 1 sudu kecil minyak masak dan garam, kacau sebati, kemudian masak menggunakan rice cooker seperti biasa.
2. Setelah pulut masak, ambil loyang dan alaskan dengan plastik wrap, ambil pulut yang masih panas lagi tu, dan tekankan padat pada dasar loyang, boleh padatkan guna sudu, senduk ataupun sudip goreng burger tu, padat-padatkan keliling dan seluruh permukaan loyang. Ketepikan, kemudian buat lapisan atas seri muka pula.

Lapisan atas seri muka lempuk durian

1 paket santan serbuk ( kalau guna santan serbuk pandan lagi bagus)
1 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
350ml air
1/2 cawan gula
secubit garam
Sedikit pewarna hijau
3 sudu besar lempuk durian

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan di dalam blender dan kisar sebati, kemudian curahkan bahan yang dikisar tadi di dalam periuk dan kacau hinggga agak pekat, jagan sampai berketul, kira tak sampai mendidih lah, bila dah agak pekat tu, curah pula di atas loyang yang beri isi pulut tadi.

2. Panaskan pengukus dan kukus seri muka selama 30 ke 40 minit, sejukkan baru dipotong, kalau simpan dalam peti ais semalaman lagi senang untuk dipotong, sedap dijadikan menu minum petang, kaya dengan aroma durian dan rasa lemak dari santan.

Nota: ros letak pewarna hijau sikit je, biar jadi macam warna hijau pucuk pisang, dan bila makan tu susah nak behenti, banyak je masuk mulut, selamat mencuba ya kawan-kawan.

Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau
Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau
Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau
Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau
Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau
Kuih Seri Muka Lempuk Durian Perantau