Kuih Bakar Labu Bermadu
Kuih Bakar Labu Bermadu

Kuih Bakar Labu Bermadu

Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350ml santan
1 1/2 cawan labu yang dilenyek ( anggaran 180gram)
2 sudu besar madu organik borneo ( guna madu lain pun takpe)
3/4 cawan gula
sedikit bijan untuk topping
1 sudu kecil serbuk cinnamon ( kayu manis)
2 sudu besar minyak masak

Cara-caranya

1. Masukkan tepung, gula, telur, santan, minyak masak dan madu di dalam blender ( pengisar) dan blender hingga semuanya sebati.

2. kemudian masukkan labu yang telah dilenyek tadi bersama serbuk cinnamon, blender lagi sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.

3. Alaskan loyang bulat dengan kertas minyak dan gliss tepi loyang dengan marjerin, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang, dan taburkan bijan di atasknya, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan kuih bakar menjadi perang.

4. Sejukkan dulu baru dipotong, sedap dimakan bila-bila masa dan pasti menyelerakan, selamat mencuba.

Nota: adunan kuih ni tak terlalu cair atau terlalu pekat, aduan yang se akan-akan adunan kuih kaswi tu, tak perlu letak pewarna kuning, warna kuning labu ni yang semulajadi dah cukup dah.

Kuih Bakar Labu Bermadu
Kuih Bakar Labu Bermadu
Kuih Bakar Labu Bermadu
Kuih Bakar Labu Bermadu