Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)

Korokke (Meat Croquette) step by step

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, alhamduilllah ade masa nak update gambar step by step macam mana nak buat korokke, korokke ni kiranya macam pegedil lah, tp luarnya rangup dalam nye ade inti daging dan kentang, budak2 suke sgt korokke ni, resepi dari kak yani ros refer, tapi dah buat selalu kiranya kita boleh agak2 je byk bahan nya, siap dan boleh disejuk bekukan.

Potato Cronquette
Sumber Resepi Asal: Kak Yani Myresipi
Telah dicuba oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan ( 8 ketul )

4-5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
50g daging cincang
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
bread crumbs secukupnya
sedikit tepung
minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Rebus ubi kentang sehingga masak

2.Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu

3.Potong dadu bawang besar.

4.Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.

5.Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.

6.Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati

7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.

8.Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs

9.Goreng dalam minyak penuh.

1. siap dibentuk lonjong atau bulat2.

2. salut dengan sedikit tepung gandum

3. celup dengan telur yang dikocak sedikit

4. salut korokke tadi dengan serbuk roti ( bread crumbs) tekan sedikit supaya serbuk roti melekat dengan baik.

– ros kupas siap2 kentang tu dan rebus…bila dah empuk ros lenyek dengan senduk bila kentang masih panas.

-ros masukan juga 1 sudu besar telur dalam adunan kentang dan daging tu, telur sebagai agen pelekat, adun sebati dan bentuk-bentukan nye.

Nota: Korokke sedap dimakan panas2 atau dijadikan menu bekal untuk anak2 ke sekolah.

Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)
Korokke (Meat Croquette)