Apam Labu Manis Comel
Apam Labu Manis Comel

Apam Labu Manis Comel

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1/4 cawan ( suku cawan) minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan labu yang telah dilenyek
1/2 cawan susu santan@ susu segar
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya

1. Rebus atau kukus labu hinga empuk, kemudian lecek hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan masukkan ovallete, pukul lagi.

2. Selepas itu masukkan labu yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan santan kacau sebati.

3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam labu tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam labu naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

– ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

Nota: Kalau nak makan dan toppingkan dengan kelapa parut pun boleh, lagi sedap jadinya, rasa lemak manis apam labu ni pasti menambat selera.

Apam Labu Manis Comel
Apam Labu Manis Comel
Apam Labu Manis Comel
Apam Labu Manis Comel
Advertisement