
Macaron Ku Yang Hangus
Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, sebenarnya malu nak kongsikan macarons ros ni, tapi takpelah kan, sekurang-kurangnye jadi jugak walaupun hangus permukaanye, resepi dari Kak Azlita ni memang menjadi lah, ros rekomen pada sape-sape yang nak cuba buat macaron, ros tersilap set suhu oven, dan terlebih masa pembakaran, salah ros lah ni, bukan resepi tau, resepi dah terbaek dah, heheheehehe, nanti kena buat lagi ni, biar cantik macam kak azlita punye, jeles tengok kawan-kawan lain buat menjadi…di bawah ni ros sertakan resepi nye ye. Resepi asal dari Kak Rima, terima kasih juga buat Kak Azlita di Masam Manis sebab buat gambar step by step, senang ros nak faham, pada yang nak rujuk step tu boleh Refer Blog Kak Azlita ni.
Sumber Resepi asal: Kak Rima
Sumber Resepi yang Ros Copy dari : Kak Azlita
French Macarons
Bahan-bahan.
80g putih telur – suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor ( ros kurangkan jadi 50gram je)
80g serbuk almond
140g gula icing ( ros letak 120gram je)
pewarna ( ros guna purple, biru dan pink)
Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk seperti gambar 1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 – 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C – ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 – 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!
Nota: Terus terang ros katakan nak buat macarons ni perlu seni dan kesabaran yang tinggi, bahan-bahan pun kena adun dengan betul, jangan jadi macam ros, salah set suhu, walaupun terhangus sikit, macarons ni mendapat sambutan hangat kat rumah ros , semua suke makan, sebab nye diaorang tak pernah lihatkan, dan rasanya agak manis.



