Laksa Sarawak
Laksa Sarawak

Laksa Sarawak

Ros buat laksa sarawak ni guna pes segera je, pemberian dari Kak As Yamagata, tapi kalau takde pes segera tu boleh ikut resepi dari Netty myresipi ni, ros rasa lebih kurang same je, terima kasih ya Netty, cara penyediaan pun senang, suke akan aroma rempah dalam laksa sarawak ni, sedap..: ) terima kasih Kak As, dapat jugak ros merasa : )

Bahan-bahan ( 10 orang )

1 paket mee bee-hoon
1 paket besar perencah laksa (boleh didapati di supermarket)
1 biji kelapa parut
1/2 kg taugeh
1/2 kg isi ayam (tulang ayam untuk air rebusan ikut suka)
1/2 kg udang
3 biji telor ayam
daun ketumbar
limau nipis
* >> Sambal <<
* 2-3 sudu cili kering ditumbuk
* bawang merah dan putih ikut suka
* belacan sebesar 1/2 kotak mancis
* minyak masak untuk menumis

Cara-cara

1. Masukan 5 cawan air rebus tulang ayam bersama-sama isi ayam kedalam periuk.
2. Rebus isi ayam hingga masak kemudian diangkat.
3. Masukan udang, rebus sebentar kemudain diangkat.
4. Masukkan perencah laksa sarawak bersama air rebusan tadi, rendidih dengan api perlahan selama 20 minit.
5. Sementara menunggu, celur taugeh dan mee tadi. Goreng telur dadar, kupas udang dan siat isi ayam. Ketepikan.
6. Perahkan santan sebanyak 4 – 5 cawan ikut suka.
7. Sekarang bolehlah bee-hoon di hidang bersama-sama ayam yang disiat tadi, udang, taugeh, telur dadar dan daun ketumbar, limau dan sambal. Kuah lah lakasa tersebut dengan kuah yang disediakan tadi.

Nota: Walaupun nampak macam banyak je menu pelengkapnye tu, tapi bila dah buat sebenarnya kejap je, kombinasi segala pelengkap di atas ni memang sedaplah, ros pun makan bertambah. : )

pes

Laksa Sarawak
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak