Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang

Sate Ayam dan Kuah Kacang

Bahan-bahanya ( nilah cara yang selalu ros buat kalau perap sate ayam atau daging)

3 keping dada ayam ( ros guna yang baticrom punye dada ayam dia besar-besar)

2 keping bahagian peha boneless

sedikit halia ( agak-agak je, sebesar ibu jari)

sedikit lengkuas ( sebesar ibu jari)

2 sudu besar jintan manis

sedikit gula melaka ( dipotong kecil)

3 sudu besar gula

sedikit garam

1/4 biji bawang besar

2 biji bawang putih

2 sudu besar madu

*Untuk Kuah Kacang*

2 paket kacang tanah ( ros beli yang kt supermarket tu, yang boleh dimakan terus)

1 batang serai

1/4 biji bawang besar

2 inci halia

1 biji bawang putih

2 sudu besar udang kering

2 sudu besar cili kisar

1/2 cawan air asam jawa

garam dan gula

Bahan sampingan menu sate ayam

ketupat segera, timun dan hirisan bawang besar

( lidi sate tu kalau boleh rendam kejap dengan air, untuk mengelakkan daripada terbakar masa panggang atas dapur gas nanti).

Cara-caranya ( sate ayam)

1. Potong isi ayam, jangan terlalu kecil atau terlalu besar, agak-agak je, biar sesuai untuk di cucuk pada lidi sate nanti, Blender halus, bawang besar, halia , lengkuas, jintan manis, bawang putih hingga hancur.

2. Gaul sebati ayam dengan bahan kisar tadi, dan masukkan gula melaka, gula, madu dan garam. Perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam tau lebih, ros perap semalam, baru sedap.

3. Cucuk kan pada lidi sate, dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit, jangan bakar dalam oven hingga sate menjadi perang, nanti sate akan kering, bila dah cukup 20 minit tu keluarkan dan panggang sebentar di atas dapur gas, untuk dapatkan pemukaan garing pada sate tu, baru nampak sedap bila nak makan nanti. ( hitam sikit pun takpe lagi sedap). Masa ni boleh renjis sate tu dengan sedikit minyak.

Buat Kuah Kacang

1. Blender kacang tanah hingga hancur, nak kasar sikit pun boleh, ketepikan, kemudian blender bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai yang di belah dua ataupun serai yg telah dititik serta cili kisar, tumis hingga garing, selepas itu masukkan kacang tanah, kacau sebati. Kemudian, masukkan 1/2 cawan air asam jawa dan 1 cawan air, kacau selalu, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, bila kuah agak pekat dan naik minyak baru tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama sate ayam, Selamat Mencuba.

Nota: Masa nak bakar sate tu dalam oven renjiskan sate ayam dahulu dengan sedikit minyak, kemudian baru bakar, biar nampak cantik berminyak bila selesai dibakar nanti. Nilah menu lunch, dinner dan sarapan ros tadi, dapat banyak juga, puas makan. : )

Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang

sampingan

Sate Ayam dan Kuah Kacang
Sate Ayam dan Kuah Kacang