
Salad Tuna Berjagung
Bahan-bahannye
1/4 biji lettuce salad
beberapa helai daun kobis
3 sudu besar jagung dalam tin
2 sudu besar tuna flakes
salad dressing ( ataupun mayonis)
Caranya.
1. Potong halus, daun salad dan kobis, kemudian proses penyusunan, mula-mula atur hirisan salad, selepas itu hirisan daun kobis, kemudian letakkan pulak jagung ditengah-tengah permukaan kobis, akhir sekali toppingkan dengan tuna flakes.
2. Apabila hendak dimakan baru dressing kan salad dengan dressing kewpie sarada ataupun mayonis, barulah salad ni nampak menarik dan menyelerakan, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota: Salad ni memang sedap bila dimakan, rasa rangup kobis dan salad tu, di campur pula dengan kemanisan jagung, memang kanpeki ( perfect) lah, makan salad ni sahaja pun dah kenyang. : ), boleh dijadikan menu untuk bentou ( bekal) juga.

