
Piman No Nikuzume aka Stuffed Peppers
Sumber rujukan asal : cookpad.com
Telah di olah cara dan bahanye mengikut kesesuaian: rosmarlina @ jintanmanis.com
4 biji Piman ( cili hijau jepun) boleh diganti dengan capcicum@lada benggala hijau
1/2 biji bawang besar@hirisan daun bawang ( dicincang halus)
1/2 biji telur ( dikocak sedikit menggunakan garpu)
sedikit lada sulah dan garam
1/2 cawan panko ( bread crumbs atau serbuk roti)
150 gram daging cincang+100gram daging ayam cincang
Untuk Kuah atau Sos
2 sudu besar kicap cair jepun ( ros guna jenama kikoman)
2 sudu kecil tepung kanji kentang @ tepung jagung ( dicampur dengan sedikit air )
1/2 sudu besar gula
100 ml katsuo dashi ( boleh ganti dengan kiub pati ayam)
sedikit minyak masak dan tepung gandum.
Cara-caranya
1.Di dalam bekas, campurkan daging ayam, daging mince, hirisan bawang besar, serbuk roti, sedikit garam, sedikit lada sulah dan telur, gaul sebati.
2. Kemudian piman di belah dua, sapukan dalamnye dengan tepung gandum, supaya daging melekat elok dalam lada bila disaute nanti. lihat rajah no.1 di bawah.
3. Sumbat atau isikan piman dengan campuran daging tadi, pastikan piman di isi penuh dengan daging, ulang langkah tadi sehingga piman habis di sumbat. lihat rajah no.2.
4. Panaskan fry pan@ non stick pan, dengan sedikit minyak masak, susun piman dalam fry pan, dan biarkan bahagian bawah piman perang sedikit. lihat rajah 3.
5. kemudian balikkkan piman, iaitu bahagian daging, biarkan seketika sehingga perang. lihat rajah 4 dan 5.
6. Satukan bahan sos, kecuali bancuhan tepung gandum, curahkan bahan sos di dalam fry pan yang berisi piman tadi, setelah agak mereneh, baru masukkan bancuhan tepung kanji kentang, setelah kuah agak pekat, ( lihat rajah 6 di bawah) , angkat dan letakkan di dalam piring, hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak letak cheese atas bahagian daging ni pun boleh, lagi up rasanya, sesuailah untuk penggemar cheese.




