Susu Soya Coklat
Susu Soya Coklat

Susu Soya Coklat

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, fuhhh cuaca panas kan sekarang ni, bila dapat minum air sejuk, nikmatnya tak terkata, minuman feveret ros air soya, buat sendiri boleh dapat banyak kan, lepas tu ade pula permintaan nak susu soya coklat, Kakak Damialah tu, bancuh je dengan serbuk koko, senang dan sedap, resepi same je macam kita buat homemade susu soya tu, dan boleh juga rujuk resepi kat bawah ni ye.

Homemade Susu Soya Coklat
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
250gram kacang soya
2 litre air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

( 2 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan 3 sudu besar air suam)

Cara-cara

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3. Sebelum di masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.

4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, Bancuh serbuk koko bersama air suam, kemudian campurkan dengan susu soya tadi, masukkan ais dan sedia untuk diminum. Selamat Mencuba.

Nota: Nak letak warna hijau pun boleh, esen pandan sikit, sekarang ni macam-macam perisa air soya kan, perasakan lah ikut selera masing-masing ya.

Susu Soya Coklat
Susu Soya Coklat
Susu Soya Coklat
Susu Soya Coklat