
Spaghetti with Basil Olive Oil and Water Spinach
Berapa punya panjang lah nama resepi,…kiranya maksud nama masakan kt atas tu lebih kurang macam nilah, spaghetti di masak dengan minyak zaiton basil bersama kangkung, puas cari tadi apelah nama kangkung dalam english, akhirnya wikipedia memberi jawapan, water spinach rupanya. Ros saje je masukkan dalam spaghetti ni, sedap juga, bila dicampur pula dengan minyak zaiton basil pemberian Kak Hani tempoh hari, lagi lah tambah aromanya, tidak lupa juga sedikit asari,oregano dan thyme. Ala-ala paperocino sikit rasanya cuma kaya dengan aroma herba omputih dan khasiat dari sayur kangkung, lain kali boleh buat lagi ni, sedap pun sedap. Resepi campak-campak ni ade kat bawah tu ye. : )
Bahan-bahannya
2 ikat spaghetti
100gram asari ( macam lala ) – x letak pun takpe
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili kering
1/2 ikat kangkung
beberapa titik minyak zaiton basil
sedikit oregano
sedikit thyme
garam
2 sudu besar minyak zaiton
Cara-caranya
1. Rebus spaghetti mengikut arahan pada paket, dan jangan lupa masukkan 2 sudu makan garam dan sedikit minyak dalam air rebusan spaghetti tadi dan rebus seperti biasa. Selepas itu celur kangkung dan ketepikan.
2. Kemudian, panaskan olive oil, dan tumis bawang putih bersama lada kering yang dihiris halus, setelah naik bau dan bawang putih agak garing, masukkan asari, gaul sebati dan tutup fry pan, biarkan selama 5-7 minit ataupun sehingga asari terbuka kulitnya.
3. Akhir sekali, masukkan pula kangkung yang telah dicelur dan spaghetti , gaul sebati, masukkan juga beberapa titik minyak zation basil, oregano, dan thyme serta sedikit garam, kacau lagi, setelah semua nya mesra, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota: Penambahan herba dan minyak zation basil serta asari tu ikutlah selera masing-masing ya, tak letak pun takpe, dan sayur kangkung tu juga boleh ditukar dengan ape jua sayur kegemaran anda.


