
Seafood Paella
Menu dari negara Spain, satu hidangan lengkap yang penuh dengan sayuran dan makanan laut, cara memasak paella ni ros ikut resepi Chicken and Shrimp Paella, tapi tak letak ayam pun, letak seafood sepenuhnya, kat bawah ni ade resepi dan cara-cara macam mane ros buat Paella, senang je guna fry pan, aromanya wangi dan sedap dimakan panas-panas, kombinasi warna pun cantik. : )
Bahan-bahanya – sumber resepi dari website masakan Spain.
2 cawan beras ( ros guna Jasmine Rice Thai) – guna beras basmathi pun boleh
1/4 bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit Oregano
4 sudu besar Olive Oil
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk paprika
1 kiub pati ayam ( dicampur dgn 2 cawan air dan dijadikan air stok ayam)
2 sudu besar sos tomato
1 biji tomato
1/4 batang celery
1/2 cawan kacang peas
1/2 biji lemon
beberapa ekor udang
Kepah
Sotong ( dibuang kulitnye tu, biar nampak putih)
( resepi sebenar kena letak safron, tapi ros tak letak, rasanya kalau letak sure lagi wangi ni)
Caranya.
1. Cincang halus bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan olive oil dan goreng sebentar udang, sotong separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Masukkan 2 sudu besar olive oil lagi dan tumis bawang besar dan bawang putih, setelah naik bau baru masukkan oregano, batang celeri, serbuk paprika serta serbuk kunyit, kacau sebati, kemudian masukkan beras dan kacau rata. Sesuaikan rasa masukkan garam dan lada sulah.
3. Kemudian masukkan pula air stok ayam dan tomato ketchup, biarkan mereneh seketika. Tutup frypan dan biarkan selama 15minit. Setelah itu buka penutup fry pan dan masukkan tomato dan kacang peas, atur udang, kepah, dan sotong, tutup kembali fry pan dan biarkan masak sepenuhnye. masa yang diperlukan lebih kurang 20 minit lagi.
4. setelah masak, hiris lemon dan hiaskan paella ikut selera masing-masing. bila nak makan tu perah sedikit lemon bagi menambahkan aroma dan rasa paella ni. Masakan yang ringkas dan lengkap, sesuai untuk seisi keluarga anda.
Nota: Bahan topping untuk Paella ni boleh ikut selera masing-masing ya, nak letak ayam sahaja pun boleh, janji jangan dilupa air stok ayam tu memang wajib letak, tak boleh ganti dengan air biasa, nanti kurang sedap pulak Paella ni. : )

