
Roti Inti Kelapa Harum Pandan
Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, roti klasik ataupun roti yang telah lama berada di pasaran, kiranya bukan roti moden lah ni, sebabnya berinti kelapa dan gula merah sahaja, dan hanya orang tua-tua sahaja yang menggemari akan inti roti ini, jadinya ros variasikan sikit toppingnya dengan kelapa kering dan jaluran srikayapandan, kasi manis-manis sikit, kononnya nak pancing selera anak-anak, tapi tak berjaya pulak, akhirnya ros, mak abah dan adik-adik je makan, resepi roti ni boleh rujuk kat bawah ya.
Roti Inti Kelapa Harum Pandan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
sedikit esen kelapa pandan ( esen ni warna hijau, ade jual kat kedai bakery)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux
– untuk inti nya, sedikit kelapa parut ditambah dengan gula merah dan simpulan daun pandan.
kalau nak guna air pandan pun boleh, tapi sukat 120ml ya, dan tidak perlu lagi dimasukkan susu suam atau air suam tu. lagi harum bau bun pandan ni nanti.
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan kelapa kering serta jaluran srikayapandan.
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit doh dan masukkan inti kelapa, tutup kemas, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit kelapa kering dan jalurkan atasnya dengan srikayapandan, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak tukar inti tu pada inti yang lain pun boleh, dan nak biarkan kosong pun sedap jugak, sedap di makan bersama secawan kopi panas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.



